Wartawan Sinar Online cedera dilanggar lari

in Edisi by


KUALA LUMPUR – Seorang wartawan Sinar Online cedera apabila motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta dalam kejadian langgar lari, di sini malam tadi.


Beliau yang mengalami kecederaaan, dibantu orang awam yang berada di lokasi kejadian.


Menurutnya, kejadian berlaku begitu pantas dan beliau tidak dapat mengecam kenderaan terlibat yang segera memecut laju selepas merempuh motosikalnya.


“Apabila saya terjatuh, saya hanya ingat untuk menyebut ALLAHUAKBAR.


“Semua barang jatuh bertebaran di jalan, ketika saya nampak kereta itu sudah ‘hilang’  memasuki lorong,” katanya.


Dalam pada itu, katanya, beliau bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan serius.


“Terima kasih kepada pekerja binaan di kawasan berkenaan yang sudi membantu saya ketika kejadian,”  katanya.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]