
PENGENDALI Selangor, P Maniam memberi baya-ngan menggandingkan Amri Yahyah dengan ayam tambatan UiTM FC, Akanni Sunday bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2018.
Namun, menurut Maniam beliau terlebih dahulu perlu mendapatkan lampu hijau UiTM dan pemain itu sendiri bagi menyarung jersi skuad Merah Kuning musim depan.
Import Nigeria itu dilihat calon sesuai bagi mengisi kekosongan Francis Forkey Doe yang tidak ditawarkan kontrak baharu oleh Selangor.
“Memang ada rundi-ngan dengan Sunday…tetapi tiada yang serius dan hanya perbincangan biasa.
“Dan kita memang minat bawa dia ke Selangor. Apa pun, segalanya bergantung pada bajet.
“Sekarang bajet terhad, kalau tak ngam…kami boleh lupakan khidmat Sunday,” katanya semalam.
Sunday antara tonggak yang membawa UiTM FC beraksi cemerlang musim ini dengan mencatat sejarah sebagai pasukan berstatus universiti pertama beraksi di Piala Malaysia. Sepanjang bersama The Lion Troops, Sunday menjaringkan 19 gol daripada 21 penampilan Liga Perdana.
Sementara itu, Maniam mengakui pihaknya kini semakin hampir mendapatkan pemain muda Indonesia, Evan Dimas. “Perbincangan dengan pemain itu semakin positif diharapkan semuanya akan berjalan dengan baik nanti,” katanya.
Source: SH Sukan
[featured-video-plus]