Budak derita kanser otak meninggal dunia

in Edisi Utara by


SUNGAI PETANI – Kanak-kanak menderita kanser otak tahap empat yang impiannya menaiki kereta BMW i8 ditunaikan, menghembuskan nafas terakhirnya, semalam.


Muhammad Hafizudin Alias, 11, meninggal dunia pada jamĀ  3.55 petang di rumahnya di Kampung Baru, Sungai Lalang, di sini.


Petugas sukarelawan, Nor Hashimah Abu Hassan, 31, yang menjaga Muhammad Hafizudin atau lebih mesra dipanggil Hafiz berkata, keluarga memaklumkan jenazah kanak-kanak itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tualang, Pokok Sena hari ini.


Anak ketiga dari empat beradik itu disahkan menghidap kanser otak pada Januari 2013 dan terlantar sakit sejak sebulan lalu.


[ARTIKEL BERKAITAN: Impian Hafizudin naik BMW tertunai]


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]