Harimau sarkas terlepas di tengah bandar ditembak

in Global by


PARIS – PERANCIS. Seekor harimau sarkas yang terlepas di tengah bandar Paris menimbulkan huru-hara dan panik, selain menyebabkan aliran pengangkutan awam tergendala.


Menurut laporan The Guardian, pihak bomba dipanggil kira-kira 4 petang semalam selepas menerima laporan orang ramai yang ternampak seekor harimau seberat 200 kilogram merayau.


Selepas insiden itu tersebar di laman sosial, pihak berkuasa menggantung semua operasi tren di kawasan terlibat.


Jurucakap bomba mengatakan pihaknya menemui harimau tersebut telah mati ditembak.


“Harimau berkenaan bukan di tepi jalan, dan tiada sesiapa di kawasan itu,” kata Valerian Fuet.


Valerian berkata, harimau iti ditembak di sebuah lorong terpencil.


Polis kini menyiasat kejadian berkenaan dan menahan pemilik haiwan berkenaan.


Laporan tempatan mengatakan haiwan tersebut melarikan diri dari sarkas Bormann-Moreno yang akan dibuka pertama kali pada 3 Disember depan.


Individu yang menembak harimau berkenaan gagal dikenal pasti.


Source: SH Global

[featured-video-plus]