
KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mempelawa penggiat industri di Perak untuk mengambil bahagian dalam sesi dialog TN50 di Ipoh pada Isnin.
Dalam satu kenyataan, MITI berkata, peserta digalak menyumbang aspirasi mereka secara aktif sama ada melalui aktiviti “Post-it” dan “Vote-it” atau semasa dialog tersebut.
Setakat ini MITI telah menganjurkan lima sesi dialog, iaitu di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pontian, Kota Kinabalu dan Kota Bharu, dengan objektif untuk mendapatkan pandangan dan aspirasi peserta mengenai apa yang mereka mahu Malaysia jadi pada 2050, terutama dalam bidang berkaitan perdagangan dan perindustrian.
Sesi dialog di Ipoh itu akan menjadi yang terakhir daripada siri wacana kebanggan MITI pada 2017.
Ia memaparkan, antara lain aktiviti “Vote it” and “Post it” mengenai tujuh tunggak TN50, satu penetapan senario oleh Dr. Mazalan Kamis, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Darul Ridzuan dan satu dialog yang diacarakan bersama oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua, Datuk Seri Seri Ong Ka Chuan dan Mazalan. – Bernama
Source: SH Nasional
[featured-video-plus]