Jenayah babitkan pelajar sekolah serius

in Semasa by


USAHA membanteras jenayah di kawasan sekolah dan kongsi gelap adalah antara tugas berat digalas Ketua Polis Kuala Lumpur yang baru dilantik, Datuk Mazlan Lazim.


“Masalah buli, pengedaran dadah dan kemasukan kongsi gelap ke kawasan sekolah kini menjadi perhatian pihak polis.


“Punca berlakunya kes jenayah membabitkan pelajar sekolah ini disebabkan mereka kehilangan kasih sayang dan penjagaan yang sepatutnya daripada pihak ibu bapa,” kata Mazlan kepada China Press.


Beliau berkata, selain faktor ibu bapa, sesetengah pelajar yang terjebak dalam kes jenayah disebabkan terpengaruh oleh kawan.


“Bagi tahap kurang serius, pelajar ini menghisap rokok dan minum arak, manakala bagi tahap serius, ada yang masuk jadi ahli kongsi gelap, hisap dadah, malah ada yang menjadi pengedar dadah.


“Dengan kemudahan teknologi maklumat, golongan muda hari ini mudah terpengaruh dengan maklumat negatif yang tersebar dalam internet,” katanya.


Sementara itu, Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Kuala Lumpur (MCPFKL), Bok Siew Mun pula berpendapat, pihaknya amat mengambil berat mengenai isu pengedaran dadah di kawasan sekolah dan masalah itu perlu diselesaikan segera.


“Pihak kami bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis bagi mengatasi pelbagai masalah jenayah.


“MCPFKL juga akan turun padang dan masuk ke kawasan sekolah untuk memberikan penerangan serta nasihat kepada pelajar agar menjauhkan diri daripada kegiatan yang tidak berfaedah ini,” katanya.


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]