
KLANG – Pusat kecantikan, Lizaz Fitness & Spa yang beroperasi di Jalan Yadi menyerahkan sumbangan berjumlah RM3,700 bagi mengisi tabung #SINAR4ROHINGYA.
Sumbangan itu diserahkan pemilik pusat kecantikan tersebut, Norhaliza Mat Sarip kepada Editor Tugas-tugas Khas, Lailatun Khalilah Nasir pada program Zumba Charity, di S.U.K event hall, Pandamaran di sini semalam.
Pada masa masa, Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali juga hadir dan turut menyerahkan sumbangan peribadi kepada tabung berkenaan.
Norhaliza berkata, sumbangan berkenaan adalah hasil jualan tiket program Zumba Charity bernilai RM35 dengan dibantu gerak kerja 10 pasukan dalam mengumpul dana.
Source: SH Edisi Sel KL
[featured-video-plus]