Mat Nasir pergi jua akhirnya

in Edisi Pahang by


JERANTUT – Selepas kira-kira setahun menderita kanser usus tahap empat, Mat Nasir Ismail, 48, meninggal dunia di kediamannya di Taman Ria di sini, kelmarin.


Mat Nasir menghembuskan nafas terakhir kira-kira 12.30 tengah hari dan meninggalkan seorang isteri, Nik Suhaibah Bosu, 37, dan tiga anak berusia 6 hingga 11 tahun.


Menurut Nik Suhaibah, suaminya itu mulai mengerang kesakitan sejak Selasa lalu hingga menyebabkan dirinya sukar tidur.


“Akhirnya arwah pergi meninggalkan kami dan anak-anak sangat memahami. Saudara mara juga datang berkumpul di rumah memberi semangat kepada saya dan anak-anak. ,” katanya.


[ARTIKEL BERKAITAN: Gugurnya air mata isteri]


Nik Suhaibah berkata, Arwah Mat Nasir dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Mat Kilau, di sini.


Pada 11 November lalu, akhbar ini memaparkan kesusahan Nik Suhaibah dan anak-anaknya apabila hilang punca pendapatan kerana bergantung sepenuhnya kepada arwah Mat Nasir yang sebelum ini bekerja sendiri dengan pendapatan RM1,000 sebulan.


Source: SH Edisi Pahang

[featured-video-plus]