
KLANG – Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer 4.4 Lebuhraya Selat Klang Utara di sini, semalam.
Mangsa, Muhammad Arief Azhar, 23, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3.20 petang, mangsa yang bekerja sebagai pemandu lori itu dalam perjalanan ke Klang dari Pelabuhan Utara.
“Mangsa yang menaiki Yamaha Y152R dipercayai terbabas di selekoh laluan terbabit sebelum melanggar pembahagi jalan.
“Mangsa mengalami parah di kepala dan badan dan mayatnya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk bedah siasat,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Source: SH Edisi Sel KL
[featured-video-plus]