Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut kemalangan

in Edisi Melaka Negeri Sembilan by


REMBAU – Seorang warganegara Singapura maut apabila motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya terbabas lalu merempuh besi penghadang jalan di kilometer 242.2, Lebuhraya Utara Selatan (arah Utara), di sini, pagi tadi.


Dalam kejadian kira-kira jam 9.55 pagi itu, mangsa, Shahruddin Ibrahim, 49, menunggang motosikal jenis Yamaha mengalami kecederaan parah di bahagian kepala sebelah kiri, patah kaki kanan dan cedera pada bahagian dada.


Menurut Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Ibrahim Sharif, sebaik tiba di lokasi kejadian dipercayai mangsa telah terbabas dan hilang kawalan lalu melanggar besi penghadang di tengah jalan.


“Mangsa melambung dan jatuh di antara besi tengah penghadang jalan tersebut, manakala motorsikal mangsa terbabas ke kiri dan jatuh di longkang sebelah kiri.


“Akibat daripada kemalangan berkenaan, mangsa maut di tempat kejadian. Mayat mangsa telah di bawa ke Hospital Tampin bagi proses bedah siasat,” katanya kepada Sinar Harian dalam satu kenyataan, di sini, tadi.


Ibrahim berkata, dipercayai kemalangan berkenaan berlaku pada waktu awal pagi namun polis menerima maklumat daripada orang awam sekitar jam 9.50 pagi.


Menurutnya, kes berkenaan di siasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


Source: SH Edisi Melaka NS

[featured-video-plus]