Polis kesan modus operandi baharu judi

in Edisi Selangor KL by


KUALA LUMPUR РKebanyakan premis perjudian ditutup hasil operasi berterusan membasmi  perjudian dalam usaha memastikan Kuala Lumpur bebas daripada kegiatan itu.


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim berkata, bagaimanapun, wujud modus operandi baharu membabitkan aktiviti perjudian.


“Mereka menggunakan tablet dan telefon bimbit dengan duduk di kedai restoran, premis snooker atau tepi jalan. Malah mereka juga ada sumber Wifi untuk mengakses permainan judi online ini.


“Tidak perlu sewa bangunan dan tidak statistik di satu tempat sahaja,” katanya kepada pemberita pada sidang media Program 1Aman Week Polis Kuala Lumpur di Flat Sri Selangor, di sini hari ini.


Beliau berkata, 23 kes berhubung modus operandi baharu itu dikesan, membabitkan banyak tangkapan.


Pada 27 September lalu, satu jawatankuasa khas berkuatkuasa serta-merta, ditubuhkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membanteras kegiatan perjudian.


Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim yang mengetuai jawatankuasa itu berkata, tiga fokus utama digariskan dan tindakan tegas dalam melaksanakan serbuan di pusat judi yang telah dikenal pasti bermula hari ini


Fokus itu adalah mengambil tindakan tegas terhadap pusat judi haram, sindiket dan mereka yang membantu kegiatan judi.


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]