
KAHERAH – MESIR. Presiden Mesir, Abdul Fattah al-Sisi, menyatakan ikrar akan menggunakan sepenuh kuasanya untuk bertindak balas ke atas serangan sebuah masjid di Sinai Utara, semalam.
Buat masa ini, beliau telah pun mengarahkan tentera untuk melakukan serangan udara ke atas lokasi yang dikenal pasti sebagai sarang persembunyian pengganas.
“Apa yang sedang berlaku adalah percubaan untuk menghalang kita daripada usaha kita dalam memerangi keganasan.
“Angkatan bersenjata dan polis akan membalas serangan ini dan akan memulihkan keamanan dan kestabilan dengan kadar segera,” katanya seperti yang dipetik menerusi laporan antarabangsa, hari ini.
Buat masa ini, tidak ada kumpulan tampil mengaku menjadi dalang kepada serangan terbabit.
Sekurang-kurangnya 235 terbunuh manakala lebih 125 yang lain cedera dalam satu letupan di sebuah masjid di wilayah Sinai, Mesir.
[ARTIKEL BERKAITAN: 235 maut serangan bom dalam masjid di Mesir]
Serangan yang dilakukan ketika umat Islam menunaikan solat Jumaat itu dipercayai dilakukan oleh sekumpulan pengganas.
Source: SH Global
[featured-video-plus]