Rakyat Malaysia tidak terlibat insiden panik

in Nasional by


PUTRAJAYA – Kementerian Luar sedang memantau dengan teliti situasi susulan insiden suasana panik di Oxford Streets dan stesen kereta api bawah tanah Oxford Circus berikutan pelbagai laporan mengenai tembakan dilepaskan di sana pada Jumaat (24 November).


Dalam satu kenyataan hari ini, Kementerian Luar berkata pada petang (Jumaat), polis London melaporkan bahawa mereka tidak menemukan bukti tembakan dilepaskan atau mana-mana suspek dan keadaan telah kembali pulih.


Kira-kira sembilan orang dilaporkan cedera.


Setakat ini, tiada laporan rakyat Malaysia terlibat dalam insiden panik itu. Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan,” kata kenyataan itu.


Kementerian berkata, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatran dan kini memberi maklumat terkini kepada masyarakat Malaysia.


Jika berlaku kecemasan atau untuk maklumat lanjut, mereka boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London seperti berikut:


Suruhanjaya Tinggi Malaysia, London


Alamat Sementara: 52 Bedford Row, London WC1R 4LR


Tel.: + 44 (0) 207 242 4308


E-mail: mwlondon.kln@1govuc.gov.my – Bernama


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]