Sinar Harian terima anugerah

in Edisi Utara by


BAYAN LEPAS – Sinar Harian diberi pengiktirafan apabila menerima dua Anugerah Kewartawanan Hijau Pulau Pinang pada Majlis Green Pinang Gala 2017, malam kelmarin.


Wartawan Edisi Utara, Gokina Morganan menerima Anugerah Khas bagi penulisan berita dan rencana untuk kategori bahasa Melayu, yang melayakkannya membawa pulang RM2,000 dan sijil penghargaan bagi kedua-dua artikel bertajuk Berbasikal semakin popular di Pulau Pinang dan Trash2Treasure sampaikan mesej.


Anugerah itu disampaikan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, yang juga Pengerusi Penang Green Council (PGC).


Hadir sama, Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh dan Pengurus Besar PGC, Thing Siew Shuen.


Sebanyak 11 anugerah disampaikan pada majlis itu membabitkan semua pengamal media di Malaysia, khususnya di Pulau Pinang yang melaporkan berita   alam sekitar di negeri ini.


Sementara itu, Guan Eng berkata, pengiktirafan itu disampaikan kepada mereka yang melakukan perubahan positif bagi membantu Pulau Pinang ke arah kemampanan, sama ada melalui amalan baik, menggalakkan kesedaran pendidikan dan memperkenalkan penyelesaian berdaya maju dari segi ekonomi.


“Tahniah kepada pemenang termasuk 48 pejabat kerajaan dan swasta yang diperakui sebagai Pejabat Hijau di Pulau Pinang, tahun ini,” katanya.


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]