Tidak gentar status Pahang

in Sukan by


KAPTEN Selangor, Raja Norsharina Raja Shahbuddin menggesa rakan sepasukannya bermain sebagai satu unit ketika berdepan juara bertahan, Pahang pada perlawanan akhir kejohanan hoki wanita Piala Razak di Stadium Hoki Kuala Lumpur, petang ini.


Pada  masa sama, Selangor juga katanya tidak perlu gentar dengan status Pahang yang diperkuat tujuh pemain kebangsaan.


“Kami pasukan underdog, jadi tiada apa yang perlu dirisaukan. Apa yang penting ialah kami perlu bermain dengan tenang dan positif sepanjang perlawanan berlangsung.


“Secara jujur…kami tidak berasa sebarang tekanan, sebaliknya tekanan lebih terarah kepada Pahang kerana mereka turun sebagai juara bertahan,” katanya.


Sementara itu, pengendali Selangor, Ikmal Abdul Jabar mahu anak buahnya mengulangi aksi cemerlang ketika membenam tuan rumah, Kuala Lumpur di separuh akhir kelmarin.


Dalam pertemuan itu, Selangor memperagakan kebangkitan menakjubkan apabila menjinakkan Kuala Lumpur 3-2.


“Kami menyedari kekua-tan Pahang. Mereka sebuah pasukan yang serba lengkap… dari penjaga gol sehinggalah ke barisan serangan.


“Jadi, saya mungkin atur strategi baharu untuk mengatasi Pahang,” katanya.


Pahang ke perlawanan akhir selepas menundukkan ATM 2-0.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]