Tokan dadah kena cekup

in Edisi Selangor KL by


SEPANG – Seorang pengedar dadah yang sedang menunggu pelanggan dicekup dalam Ops Tapis, di pekarangan stesen minyak Lebuhraya KLIA, di sini, kira-kira jam 12.05 tengah malam, kelmarin.


Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Zulkifli Adamshah, berkata,  Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik mengesan sebuah kenderaan jenis Proton Saga BLM yang diparkir.


Menurutnya, pihaknya kemudian membuat pemeriksaan terhadap empat lelaki tempatan dan kereta tersebut.


“Polis menemui 10 keping foil berisi mengandungi 100 biji pil disyaki dadah jenis eramin 5.


“Kesemua suspek berusia lingkungan 20-an telah ditahan bagi membantu siasatan,” katanya.


Zulkifli berkata, pihaknya percaya ketika kejadian, suspek terbabit sedang menunggu pelanggan mereka untuk mengambil pil-pil tersebut.


Beliau mendedahkan, suspek yang dikatakan baru aktif itu mengedar di sekitar KLIA, dalam kalangan kenalan mereka berdasarkan permintaan.


“Kesemua mereka kini direman selama lima hari sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan,” katanya.


Kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]