
WASHINGTON – AMERIKA SYARIKAT. Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyifatkan serangan bom dan tembakan di Masjid al-Rawda di Mesir yang mengorbankan lebih 200 jemaah semalam sebagai tindakan kejam dan penakut.
Beliau turut mengesahkan telah menghubungi Presiden Mesir,Abdel Fattah al-Sisi bagi mengucapkan takziah atas apa yang telah berlaku.
“Dunia tidak boleh bertolak ansur dengan keganasan, kita harus mengalahkan mereka secara ketenteraan dan menolak ideologi pelampau yang membentuk asas kewujudan mereka!” katanya menerusi perkongsiannya di Twitter.
[ARTIKEL BERKAITAN: 235 maut serangan bom dalam masjid di Mesir ]
Dalam kejadian semalam, sebutir bom meledak di masjid itu yang terletak di wilayah Sinai Utara, Mesir, diikuti serangan bersenjata oleh beberapa penyerang ke arah jemaah yang cuba menyelamatkan diri.
Media rasmi melaporkan angka kematian kini mencecah 235 orang.
Source: SH Global
[featured-video-plus]