
PORT DICKSON – Penubuhan unit beruniform Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di institusi pendidikan masih lagi dalam penelitian.
Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, sekalipun penubuhan unit beruniform itu dapat membantu kesiapsiagan masyarakat dalam membantu Imigresen, perkara itu memerlukan dana selain latihan kepada guru dan pelajar yang menyertainya.
“Selain daripada penubuhan unit beruniform ini kita juga boleh membuat seperti yang dibuat oleh pihak polis, misalnya melalui konsep telefon pintar untuk melaporkan kepada Imigresen apa juga perkara yang dicurigai berkenaan pendatang asing,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Mustafar yang ditemui selepas menghadiri Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Pegawai Imigresen Gred KP19 siri 4/2017, turut berkata jabatan tersebut bersedia untuk berbincang dengan Kementerian Pendidikan dan sekolah bagi mengenal pasti minat pelajar sebelum langkah seterusnya diambil.
Pada majlis hari ini, 239 pegawai imigresen Gred KP19 menamatkan kursus asas di Akademi Imigresen Malaysia Port Dickson dekat sini. – Bernama
Source: SH Nasional
[featured-video-plus]