Veteran PBMM, PBSMK sama handal

in Sukan by


DI sebalik kudrat yang dimamah usia namun dirangsang semangat kesukanan sihat, dua pasukan veteran bola sepak mengharungi satu perlawanan persahabatan sempena perlawanan akhir Piala Emas Raja-Raja Ke-77, baru-baru ini.


Padang Perdana, Kota Bharu, Kelantan menjadi saksi Veteran Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBMM) menentang Veteran Persatuan Bola Sepak Melayu Kelantan (PBMK) dalam perlawanan yang berkesudahan seri 2-2 itu.


Turut bertujuan menjalin silaturahim, perlawanan itu menyaksikan ramai jagoan padang silam Kelantan dan negeri lain seperti Zahasmi Ismail, Anuar Rajib, Kamarudin Muhammad, Aziz Mahmood, Mohd Firdaus Mohamed, Datuk Ramlan Askolani, Farouk dan Feriza Ismail.


Turut hadir menyaksikan dan memberikan sokongan moral ialah bekas Presiden PBMM, Datuk Takiyuddin Hassan yang juga Presiden PBSMK dan Ahli Parlimen kawasan Kota Bharu.


PBMM merupakan penganjur Piala Emas Raja-raja yang kali ini dimenangi Pulau Pinang selepas menewaskan Kelantan 2-1 dalam masa tambahan perlawanan akhir di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]