Video tular Presiden Afrika Selatan tersasul palsu

in Global by


RAKAMAN video aksi Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma tersasul menyebut ‘in the bening-ging’ (in the beginning) dipercayai palsu.


Dalam rakaman itu, Zuma dipaparkan tersasul menyebut ayat berkenaan beberapa kali dan masih gagal menyebutnya dengan betul sehingga akhir video.


Pemerhatian Sinar Online mendapati pergerakan bibir Zuma dengan audio tidak selaras dan dipercayai diubah suai menggunakan teknik ‘dubbing’ suara oleh pihak ketiga.


Sinar Online berjaya menjumpai pautan video asal dan Zuma dirakam mengalami kesukaran menyebut perkataan bahasa Inggeris, tetapi tidak tersasul malah ayat digunakan beliau jauh berbeza.


Source: SH Global

[featured-video-plus]