Ada kisah 'sweet' di sebalik swafoto PM kali ini

in Nasional by


MELAKA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, diketahui umum memang seorang yang gemar berswafoto.


Terbaharu, petang tadi Najib berkongsi foto swafotonya dengan seorang wanita tempatan.


Tetapi, apa yang menariknya, ada kisah ‘sweet’ di sebalik gambar swafoto yang diambilnya bersama Jaharah Salleh itu.


“Di Melaka tadi, Puan Jaharah Salleh nak #selfie dengan saya tapi tak tahu macam mana, jadi saya tolong ambil guna telefon dia. Nice to meet you!,” kongsinya di Facebooknya hari ini.


Perkongsian Najib itu menerima lebih 14 ribu butang ‘Like’ dan turut disertakan dengan komentar netizen yang nyata menyukai pendekatan perdana menteri itu.

 


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]