'Alololo sopannya anak ibu….'

in Hiburan by

‘Alololo sopannya anak ibu….’


SEJAK mengandung anak sulung, penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza, semakin bahagia dan gembira menjalani rutin kehidupannya.


Bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi, Siti hari ini memperlihatkan detik bahagianya bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa apabila berkongsi momen ketika memeriksa kandungannya.


“Alololo sopannya anak ibu,” kongsinya di Instagram yang turut disertakan video ‘scan’ kandungannya.


Perkongsian itu segera mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial termasuk rakan-rakan artis yang ternyata teruja dan turut gembira dengan perkongsian itu.


“Bestnya,” komen Datuk Alif Syukri.


Datuk Seri Vida tidak ketinggalan menulis komennya.


“Wow dulu mula scan bayi pertama…nitis air mata,” katanya.


[ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza umum hamil 4 bulan]


Oktober lalu, Siti mengumumkan bahawa beliau kini hamil menerusi satu sidang media khas.


Dalam sidang media itu, Siti turut menjelaskan pengumuman itu dibuat bagi menjelaskan  kepada peminat mengapa dia begitu lama menyepi dari umum.


“Alhamdulillah..” ujar pelantun lagu Cindai itu


Ujarnya lagi, beliau mengambil keputusan berehat sejak empat bulan lepas bagi memberi tumpuan kepada kandungannya itu.


“Siti juga berharap pihak yang berkenaan agar memahami keadaan saya dan fokus saya terhadap kandungan,” katanya.


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]