Bantu ringan derita Rohingya

in Nasional by


KUANTAN – Dua sekolah di daerah ini menyumbang kutipan derma SINAR4ROHINGYA sebagai simpati warga sekolah atas penderitaan etnik Islam Rohingya yang ditindas Kerajaan Myanmar.


Dua sekolah berkenaan ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pelindung dan Sekolah Menengah Agama (SMA) Al- Ihsan, di sini.


Pengetua SMK Pelindung, Datuk Seri Junaini Kassim berkata, RM1,600 yang berjaya dikumpulkan telah diserahkan kepada wakil Yayasan Amal Malaysia (YAM) cawangan negeri ini.


Menurutnya, kutipan itu bagi menyokong program anjuran Sinar Harian, dalam usaha membantu etnik Rohingya yang ditindas.


“Ini menguatkan lagi semangat kami untuk merancakkan lagi kutipan derma ini, sekali gus membantu golongan memerlukan,” katanya.


Sumbangan berkenaan diserahkan kepada Ahli Jawatankuasa YAM Cawangan Pahang, Zainal Abidin Mohamad, semalam.

Junaini menyerahkan sumbangan kepada Zainal Abidin untuk mengisi tabung SINAR4ROHINGYA, semalam.


Sementara itu, Pengetua SMA Al-Ihsan, Mustaparuddin Osman berkata, pihaknya berjaya mengumpul RM812 daripada warga sekolah itu.


“Sebagai umat Islam, kita wajar bantu saudara seagama kerana ia sebahagian syariat ditetapkan.


“Walaupun kita rasa tak mampu hentikan kezaliman, tapi kita perlu bantu mereka untuk terus hidup dengan bersatu. Kalau kita lemah, apa yang berlaku kepada etnik Rohingya boleh jadi pada kita,” katanya.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]