Berkorban demi Jus Sari Bunga

in Bisnes by


SIAPA sangka, impian untuk memiliki produk jenama sendiri akhirnya dapat direalisasikan dengan dua produk bumiputera keluaran Faiqa Al Aziz, Jus Sari Bunga dan Koko Cekur.


Pengasas, Atiza Abdul Karim, 39, yang berasal dari Bagan Datoh, Perak itu sanggup bermodalkan simpanan sendiri demi menghasilkan produk bermutu untuk pelbagai peringkat umur.


Lebih menarik, produk Jus Sari Bunga yang baru menembusi pasaran sejak enam bulan lalu itu cukup unik dan lain dari yang lain kerana mengutamakan lebih 19 jenis pati bunga.


Atiza berkata, pengalaman menghasilkan ubat-ubatan tradisional kerana membantu suaminya yang juga seorang pengamal perubatan menjadi inspirasi buatnya untuk menghasilkan sesuatu yang lebih menarik dan lebih berpotensi untuk dikomersialkan.


Jus Sari Bunga katanya, diilhamkan dari satu amalan lama yang ditinggalkan kerana ramai yang tidak mengetahui pelbagai khasiat bunga untuk kesihatan dan kecantikan.


“Duta produk ini yang juga anak perempuan saya, Aira Aziz juga mengamalkan jus ini sejak produk ini masih dalam kajian dan sangat bersyukur kerana ia memberi kesan yang baik dan cukup positif kepada Aira.


“Kulitnya menunjukkan perbezaan kerana sebelum ini ada jerawat pasir dan selepas mengamalkannya, kulitnya lembut dan cerah.


“Walaupun produk masih baharu, jus ini sesuai untuk golongan remaja kerana kaya dengan estrogen yang membantu melancarkan darah haid.


“Produk yang dijual dengan harga RM150.90 untuk Semenanjung dan RM160.90 untuk Sabah Sarawak  ini bagaimanapun tidak sesuai untuk mereka yang ada cyst dan fibroid,” katanya kepada Sinar Harian.


Atiza berkata, produk tersebut juga bagus untuk wanita yang mengalami haid tidak teratur dan sangat digalakkan kepada mereka yang monopause.


“Testimoni yang paling menggembirakan adalah pengguna Jus Sari Bunga berjaya hamil dan saya sifatkan keberkesanan produk ini dengan izin ALLAH,” katanya.


Selain itu, Atiza turut berkongsi keistimewaan koko cekur yang menjadi minuman herba botani untuk wanita berpantang yang juga baharu menembusi pasaran tempatan sejak tiga bulan lalu.


“Produk minuman botani dengan kandungan cekur, madu dan koko itu cukup berkhasiat untuk wanita dalam pantang bagi memulihkan dalaman.


“Tanpa perlu menelan jamu pahit, minuman koko cekur dengan harga RM159 untuk Semenanjung dan RM169 untuk Sabah Sabah dan Sarawak ini turut membantu wanita yang berkahwin mengembalikan semula tenaga dan masalah dalaman,” katanya.


Pernah buat jualan  pelbagai produk


Dalam pada itu, Atiza turut mengakui keadaan ekonomi semasa sedikit sebanyak memberi kesan kepada penjual atas talian sepertinya memandangkan sebelum ini beliau pernah membuat dropship.


“Saya menceburi bidang jualan atas talian ini lebih lapan tahun bermula dengan dropship sehinggalah berniaga pelbagai jenis produk termasuk jubah, kelengkapan rumah dan makanan.


“Ketika itu pendapatan tak berapa nak ada sangat sehingga saya mula jual tepung keju dan dari situlah mula nampak keuntungan sedikit berbanding sebelum ini.


“Sebelum ini saya pernah putus asa bila jualan tak menjadi tapi disebabkan minat  dalam bidang ni, saya kuatkan semangat sehinggalah tercetus inspirasi untuk mengeluarkan produk sendiri,” katanya.


Berdepan cabaran


Ibu kepada tiga anak itu turut berkata, sebelum mengeluarkan produk Jus Sari Bunga dan Koko Cekur ini, dia turut berdepan dengan cabaran apabila pernah membuat minyak urut tradisional yang diajar ibu mentua untuk dijual, namun sukar menarik perhatian pengguna.


“Mungkin sebab tiada sijil yang meyakinkan mereka seperti Sijil IMP, Mesti dan Lulus Halal, sekali gus memberi dorongan kuat untuk menghasilkan produk Jus Sari Bunga dan Koko Cekur.


“Alhamdulillah, semuanya lancar dan stokis pertama saya di Selama, Perak kini dikendalikan Zainab Zainol Abidin di No 5A, Premis Cempaka, Jalan Kampung Tengah dan boleh dihubungi di 013-4066078,” katanya.


Produk ketiganya, minuman Koko IQ Hajar Anak Solehah yang mengandungi 13 makanan sunnah akan berada di pasaran tidak lama lagi .


Katanya lagi, dia juga mengadakan jualan di car boot sale di Puncak Alam, Subang Bestari dan Saujana Utama untuk mendekati lagi pelanggan.


“Kami juga  membuka peluang kepada semua yang berminat untuk menjadi stokis dan ejen seluruh negara.


Atiza berkata, orang ramai yang berminat untuk mengetahui mengenai produk Faiqa Al Aziz boleh melayari Facebook, Hana Tiza HQ atau Instagram hanatiza atau hubungi talian 018-2537647.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]