Henti kecaman, beri peluang FAM laksana perubahan

in Sukan by


Peminat bola sepak tanahair diminta tidak mengecam perubahan yang ingin dibawa oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam memulihkan prestasi buruk skuad Harimau Malaya di pentas antarabangsa.


Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata mereka perlu memberi peluang sekali gus menyokong proses perubahan yang dibawa oleh badan induk bola sepak negara  itu di bawah kepimpinan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.


“Tekanan dan kritikan netizen terhadap bola sepak tidak adil…berilah peluang kepada perubahan yang sedang dilaksanakan oleh FAM ,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Agung Pemuda myPPP di Wisma Felcra, di sini, hari ini.


Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kritikan netizen terhadap kedudukan ranking semasa skuad bola sepak kebangsaan serta perubahan yang dibawa FAM.


Skuad Harimau Malaya di bawah bimbingan ketua jurulatih kelahiran Portugal, Nelo Vingada melakar sejarah terburuk dalam kedudukan ranking terbaru Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) apabila menghuni tangga ke-174 , Khamis lepas. – Bernama


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]