Isteri polis patah bahu kiri

in Edisi by


GUA MUSANG – Isteri seorang anggota polis patah bahu kiri apabila kenderaan dinaikinya terbabas ke dalam longkang di depan kuarters Hospital Gua Musang, di sini pagi tadi.


Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Juazilah, berusia 40an, tersepit di dalam kenderaan jenis Proton Waja, yang terbalik di atas permukaan longkang dipenuhi air.


Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Awang Mamat berkata, beliau bersama lima pegawai bergegas ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan pada jam 8.50 pagi.


“Kejadian berlaku ketika hujan lebar dan usaha-usaha menyelamatkan mangsa agak mencabar.


“Aliran air pula sangat deras namun, dengan  kepakaran yang ada pada anggota, mangsa  berjaya dikeluarkan dan terselamat dari dibawa arus.


“Mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang untuk mendapatkan rawatan,” katanya.


Source: SH Edisi Kelantan

[featured-video-plus]