Jalin hubungan, Arab Saudi-Israel punya agenda

in Global by


SEORANG pegawai kanan angkatan tentera Israel mengatakan beliau berjumpa dengan dua putera dari Arab Saudi di London yang mengatakan padanya ‘anda bukan musuh kami lagi’.


Ungkapan itu semestinya diluahkan dengan niat tersembunyi dan persoalannya, apakah motivasi sebenar hubungan rapat di antara Arab Saudi-Israel yang kini bukan lagi rahsia?


‘Musuh kepada musuh saya adalah kawan saya’


Arab Saudi dan Israel tidak mampu lagi menyembunyikan fakta kedua-dua negara sedang cuba mengekang pengaruh Iran yang didakwa semakin berkembang di Timur Tengah.


Minggu lepas, Ketua Kakitangan Israel, Jeneral Gadi Eisenkot mengatakan Israel berkongsi maklumat risikan yang diperlukan kepada Arab Saudi sebelum negara tersebut bersemuka dengan Iran.


Israel yang didakwa mempunyai budaya politik terbuka tidak malu untuk mendedahkan hubungannya dengan Arab Saudi.


Namun begitu, tiada pihak yang pasti sama ada kandungan hubungan tersebut benar-benar praktikal atau strategik, namun yang pasti, Fadzilah Abdul Hamid, 57, polis mengambil pendekatan memotong rantai dan meminta lelaki itu meninggalkan bangunan kerajaan tersebut.


Ancaman Iran


Bukan satu kebetulan angkatan militia (angkatan bersenjata terdiri dari orang awam) Syiah dari Iraq aktif berperang di Syria dan menyokong kerajaan rejim Bashar al-Assad.


Keputusan Iran untuk menyokong padu presiden Bashar dalam perang saudara Syria, ditambah pula kelengkapan dan kekuatan pejuang udara kurniaan Rusia, membantu Bashar menang dalam konflik tersebut.


Arab Saudi pula melihat pengaruh Iran meliputi Tehran sehinggalah Mediterranean dan menganggap ia satu pencerobohan kepada Timur Tengah.


Permusuhan di antara Arab Saudi jelas berkaitan unsur-unsur strategik dan unsur-unsur agama.


Ketika ini, Iran bersama sekutunya berserta proksi seperti kumpulan militia Syiah, Hezbollah di Lubnan kelihatan seperti telah menang dalam meluaskan pengaruh mereka.


Memang masuk akal untuk kedua-dua negara, Israel dan Arab Saudi memperkuatkan lagi hubungan mereka.


Selain itu, Israel dan Arab Saudi bertegas bahawa Iran tidak boleh dibenarkan menjadi negara yang memiliki senjata nuklear.


Kedua-dua negara tidak tenang walaupun sedia maklum fakta perjanjian antarabangsa yang menghadkan milikan senjata nuklear di Iran.


Israel dan Arab Saudi juga sedar yang Hezbollah semakin meningkat naik sebagai satu kuasa yang terlatih, penuh kelengkapan dan mampu menimbulkan ketidakstabilan di rantau berkenaan.


Amerika Syarikat ‘tak boleh pakai’


Pemerintahan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memberi impak besar kepada Timur Tengah.


Pada dasarnya, tidak banyak kritikan dari Arab Saudi dan Israel dalam peralihan kuasa di Rumah Putih.


Trump juga melawat kedua-dua negara, terima pandangan strategik mereka tetapi beliau didakwa terlalu skeptikal dengan perjanjian nuklear dengan Iran.


Minat AS itu jelas, tetapi strategi praktikal dari negara tersebut gagal dinikmati Israel dan Arab Saudi.


Tidak kisah apa ayat manis yang keluar daripada pemerintahan Trump, kedua-dua negara tahu polisi AS hanya ‘hanyut’ di rantau berkenaan.


Umum tahu yang AS dan sekutunya ‘diperkotak-katikkan’ oleh Rusia dan Iran di Syria dari segi strategi dan ketenteraan.


AS yang ‘banyak cakap’ masih gagal memberikan polisi yang benar dan jelas untuk membendung pengaruh Iran.


Tidak hairanlah Mohammed Salman mahu negaranya lebih aktif sendiri dalam melaksanakan perancangannya.


Nampaknya seperti Israel dan Arab Saudi sedang menyesuaikan diri dengan penyusutan pengaruh AS di Timur Tengah dan bersedia dengan kehadiran ‘pelakon’ baharu, contohnya Rusia.


Masa depan hubungan Israel-Arab Saudi


Sejauh manakah dinamik hubungan Israel dan Arab Saudi? Persoalan tersebut bergantung kepada beberapa perkara.


Adakah cubaan berani Mohammed Salman untuk mengubah Arab Saudi berjaya? Adakah beliau mampu pergi jauh dalam mengubah pengaruh serantau?


Secara asasnya, jika hubungan Israel-Arab Saudi perlu berjaya, perlu ada beberapa perubahan di Palestin.


Arab Saudi sudah lama suarakan keinginan untuk melihat perubahan tersebut, dan ia perlu berlaku sebelum mereka menganggap Israel satu negara yang sah.


Selagi tiada perkembangan menakjubkan mengenai Palestin, hubungan Israel-Arab Saudi patut dijalankan secara rahsia sahajalah.


*Artikel diolah semula berdasarkan laporan BBC.


Source: SH Global

[featured-video-plus]