Kawasan rendah, jalan dinaiki air

in Edisi Terengganu by


BESUT – Hujan lebat sejak awal pagi menyebabkan beberapa kawasan rendah, di sini dinaiki air.


Bagaimanapun, paras air masih rendah danĀ  setakat jam 10 pagi ini, tiada mangsa di daerah itu dipindahkan.


Tinjauan Sinar Harian mendapati limpahan air berlaku di beberapa lokasi jalan raya termasuk laluan dari Seberang Jertih ke Kuala Besut melalui Pangkalan Udara Gong Kedak (PUGK).


Antara yang dinaiki air di laluan itu ialah di hadapan Pejabat Meteorologi Besut, setinggi 0.3 meter.


Hanya sebelah jalan ditutup kepada kenderaan ringan manakala sebelah lagi boleh dilalui.


Tinjauan juga mendapati beberapa kawasan lain antaranya berhampiran Pondok Polis Beris Pak Abu turut digenangi air namun semuanya masih dilalui semua kenderaan, sama ada untuk ke Kuala Besut dan Kampung Raja.


Source: SH Edisi Terengganu

[featured-video-plus]