Laluan utama di Kampung Kelewek dinaiki air

in Edisi by


TANAH MERAH – Hujan berterusan sejak semalam menyebabkan laluan utama sejauh kira-kira 300 meter di Jalan Jedok di Kampung Kelewek, dekat sini, dinaiki air sejak pagi tadi.


Laluan itu mula dinaiki air kira-kira jam 10 pagi dan sehingga jam 4 petang ini, keadaan di laluan itu masih tidak berubah.


Hujan yang masih berterusan memburukkan lagi keadaan apabila air turut melimpah masuk ke rumah kediaman dan premis perniagaan di tepi jalan berkenaan.


Namun, laluan tersebut masih dibuka kepada semua kenderaan.

 


Source: SH Edisi Kelantan

[featured-video-plus]