Lan Kristal jelas isu sertai GV malam ini

in Hiburan by
Lan Kristal

Lan Kristal jelas isu sertai GV malam ini


SETELAH agak lama berdiam diri daripada memberi sebarang komen mengenai status Rody yang mencari penyanyi baru bagi kumpulan Kristal, akhirnya Lan sedia menjawab segala persoalan ditimbulkan, malam ini.


Menerusi WhatsApp ringkas dikirimkan, beliau meminta maaf kerana tidak dapat melayani panggilan rakan-rakan media yang mahu mendapatkan kenyataan balasnya.


“Task minggu ini sangat mencabar, oleh itu saya meminta ruang untuk fokus pada persembahan,” jelasnya.


Bagaimanapun, Lan berkata, beliau bersedia menjawab segala pertanyaan daripada rakan-rakan media selepas tamat konsert minggu kelima malam ini.


“Insya-ALLAH,  selepas konsert kalau saya dipanggil naik ke PC, saya okay jer untuk menjawab apa-apa soalan yang akan diajukan. Maaf sekali lagi,” katanya.


Malam ini dalam konsert minggu kelima Gegar Vaganza, Lan akan mendendangkan lagu Sangkar Cinta nyanyian asal penyanyi kesayangan ramai, Ziana Zain.

 


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]