
KOTA BHARU – Paras air di lapan sungai utama negeri ini masih berada dalam keadaan normal sehingga jam 2 petang ini walaupun hujan tanpa henti di beberapa kawasan, sejak semalam.
Menurut portal infobanjir Kelantan, Sungai Lebir di Tualang, mencatatkan bacaan normal iaitu 25.03 dan Sungai Kelantan di Kuala Krai mencatatkan bacaan 17.85.
Sungai Kelantan di Kursial, Tanah Merah pula mencatatkan bacaan 9.72, masih di paras normal, dan Sungai Golok di Jenob, mencatatkan bacaan 21.45 menghampiri paras amaran (21.50).
Sungai Kelantan di Jeti kastam pula menunjukkan bacaan 0.90 iaitu masih lagi diparas normal, termasuk di Air Mulih iaitu 6.07.
Sungai Kelantan di Rantau Panjang pula mencatatkan bacaan 7.52 iaitu melebihi paras amaran (7.00) dan Sungai Semerak pula mencatatkan bacaan 1.45, menghampiri paras amarannya 2.00.
Jabatan Meteorologi Malaysia melalui laman media sosial rasminya turut mengeluarkan amaran cuaca buruk melibatkan beberapa kawasan di negeri ini.
Menurutnya, hujan lebat dijangka berterusan di negeri Kelantan melibatkan jajahan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang sehingga Rabu, 29 November 2017.
Source: SH Edisi Kelantan
[featured-video-plus]