Lelaki OKU maut selepas terjatuh di Sungai Jelai

in Uncategorized by


BATU KURAU – Niat seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) untuk memancing bertukar tragedi apabila mangsa maut selepas terjatuh di Sungai Jelai berhampiran pintu empangan, di sini petang tadi.


Dalam kejadian kira-kira jam 5.52 petang itu, mangsa dikenali sebagai Mohd Shafiq Mat Nor, 28, berasal dari Jalan Batu Tersusun, Batu 19 1/2, Batu Kurau.


Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Razlam Ab Hamid berkata, difahamkan mangsa telah melompat ke dalam sungai dan kemudian didapati tenggelam.


“Sebaik menerima laporan, pihak polis dan bomba telah mengambil tindakan mencari serta menyelamat mangsa di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.


Dalam perkembamgan berkaitan, Razlam berkata, usaha mencari diteruskan dan mayat mangsa ditemui sekitar jam 7 petang dalam keadaan tersepit di bawah empangan bekalan air Jelai.


“Pada jam lebih kurang 8 malam, mayat mangsa kemudiannya di bawa ke Hospital Taiping untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian,” katanya.


Source: SH Edisi Perak

[featured-video-plus]