Program Amal Muafakat Johor #8 kumpul RM12,981

in Nasional by


KOTA TINGGI – Sejumlah RM12,981 dana berjaya dikumpulkan pada hari kedua program Amal Muafakat Johor #8 di Econsave Kota Tinggi yang akan disalurkan ke dalam Tabung SINAR4ROHINGYA.


Pengurus Operasi Pasaraya Econsave Wilayah Selatan, Mas Imran Adam berkata, ia tidak termasuk kutipan Tabung SINAR4ROHINGYA- Econsave yang diletakkan di 64 cawangan pasaraya itu sejak sebulan lalu.


“Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan dikalangan pembeli setia pasaraya ini selain yang datang berkunjung sepanjang tiga hari program amal yang berlangsung di cawangan Kota Tinggi.


“Atas sambutan yang memberangsangkan, kami melanjutkan kutipan tabung ini sebulan lagi yang akan dikumpulkan akhir Disember depan, kutipan pertama ini kita yakin dapat mengumpul RM200,000,” katanya.


Program Amal Muafakat Johor #8 di Econsave Kota Tinggi berakhir hari ini dengan majlis perasmian penutupun, sekali gus penyerahan wang terkumpul bagi kutipan tabung akan berlangsung jam 3 petang ini.


Majlis penerimaan kutipan diwakili Editor Tugas-tugas Khas Sinar Harian, Lailatun Halillah Nasir bagi pihak Sektretariat SINAR4ROHINGYA.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]