Pusat pemindahan sementara di Rantau Panjang dibuka

in Edisi by


BAROH PIAL – Pusat pemindahan sementara pertama di Rantau Panjang dibuka pada jam 6 petang tadi.


Seramai 50 mangsa dari 14 keluarga iaitu 38 dewasa, 11 kanak-kanak dan seorang warga emasĀ  dipindahkan ke pusat pemindahan Madrasah Hj Daud.


Gelombang pertama banjir berlaku di kawasan rendah selepas air meningkat secara mendadak akibat hujan berterusan sejak tiga hari lalu.


Mangsa merupakan penduduk dari Baroh Pial, Bukit Tuku dan sebahagiannya dari Kangkong Pasir Mas.


Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Adni Ibrahim berkata, pihaknya menjalankan pemantauan bagi membantu mangsa banjir di sini.


Dalam masa sama katanya, pasukan penyelamat dan sukarelawan di sini memastikan keselamatanĀ  penduduk ke pusat pemindahan terjamin.


Bagaimanapun beliau berkata, buat masa ini, tiada keperluan untuk menggunakan khidmat bot kerana paras air masih terkawal.


“Rata-rata penduduk mula bertindak selepas mendapati paras air mula meningkat sehingga satu meter,” katanya.


Source: SH Edisi Kelantan

[featured-video-plus]