Seorang maut, enam cedera kereta masuk parit

in Edisi Sabah Sarawak by


SEMPORNA – Seorang lelaki maut selepas kenderaan dipandunya terbabas dan menjunam ke parit besar sebelum terbalik di simpang jalan di Kilometer 3 Jalan Persisiran Pantai di sini, awal pagi tadi.


Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Peter Umbuas berkata, dalam kejadian 3.15 pagi itu, mangsa, Syahirudin Syaripudin, 31, maut di tempat kejadian selepas cedera parah dan tersepit di dalam pikap manakala enam penumpang lelaki kenderaan sama berusia antara 17 dan 37 tahun mengalami kecederaan.


Beliau dalam kenyataan hari ini berkata ketika kejadian, pikap jenis Nissan Frontier itu dalam perjalanan dari Kampung Simunul menuju ke Pokas dan mangsa dipercayai memandu laju.


“Apabila sampai di lokasi kejadian pemandu hilang kawalan sebelum ia terbabas ke sebelah kiri jalan.


“Seorang penumpang lelaki berumur 29 tahun yang duduk pada bahagian belakang pikap tercampak dari kenderaan kemudian terpelanting ke sebuah kedai runcit kecil dan mengakibatkan patah tangan kiri manakala lima penumpang lain yang cedera ringan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya di sini. – Bernama


Source: SH Edisi Sabah Sarawak

[featured-video-plus]