Tentera Darat juara Triathlon Tanjung Bidara Challenge

in Sukan by


TENTERA Darat Malaysia mengungguli  Kejohanan Triathlon Tanjung Bidara Challenge Terbuka ATM 2017  yang berlangsung di Pantai Tanjung Bidara, Masjid Tanah, Melaka, semalam.


Pasukan itu muncul johan bagi Kategori Antara Perkhidmatan, sementara tempat  kedua dimenangi Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) dan tempat ketiga, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).


Kejohanan tahunan ini melibatkan Kategori Terbuka dan Kategori Antara Perkhidmatan iaitu Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara, Kategori Antara Formasi TD iaitu Trup Medan Barat Tentera Darat, Markas Pemerintahan Logistik Tentera Darat, Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat.


Majlis penyampaian hadiah kejohanan dan piala pusingan disampaikan oleh Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Nor.


Majlis turut dihadiri Leftenan Jeneral Datuk Seri Panglima Ahmad Hasbullah  Mohd Nawawi Pengerusi LSTD, Laksda Datuk Azhari Abdul Rashid TLDM mewakili PTL, Mejar Jeneral Datuk Mohd Faudzi Ahmad TUDM mewakili PTU, Pegawai-pegawai Kanan TD dan hampir 500 Warga Tentera Darat.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]