Abdullah Ketua Polis Daerah Pasir Mas yang baharu

in Edisi by


PASIR MAS – Asisten Komisioner, Abdullah Mohammad Piah dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Pasir Mas yang baharu.


Beliau yang sebelum itu berkhidmat di Bahagian Cawangan Khas Bukit Aman memulakan tugas secara rasmi sebagai ketua polis daerah berkuat-kuasa hari ini.

Hasanuddin (tengah) menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Pasir Mas antara Ibrahim (kiri) dan Abdullah (kanan).


Abdullah, menggantikan Asisten Komisioner Ibrahim Saad yang bertukar ke Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Pahang sebagai timbalan ketua cawangan khas.


Ibrahim pula akan memulakan tugasnya di IPK Pahang pada 1 Disember ini.


Majlis serah dan terima tugas antara Ibrahim dengan Abdullah di saksikan oleh Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hasan.


Turut berlangsung, majlis serah dan terima tugas Pengerusi Perkap IPD Pasir Mas antara Zalma Jusoh dengan Khadzimah Jusoh.


Majlis serah dan terima tugas antara Zalma dengan Khadzimah disaksikan oleh Timbalan Pengerusi Perkap IPK Kelantan, Datin Hapisah A. Rahman.

 


Source: SH Edisi Kelantan

[featured-video-plus]