Adun Pasir Pinji diarah keluar dewan

in Uncategorized by


IPOH – Adun Pasir Pinji, Howard Lee Chuan How diarahkan keluar dewan oleh Speaker, Datuk S Thangeswari kerana tidak mematuhi Perintah Tetap 44 (2) Perintah-perintah tetap Dewan Perhimpunan Dewan Undangan Perak Darul Ridzuan.


Menurut Thangeswari, Howard Lee tidak menghormati dan mengikut arahannya serta telah menimbulkan kekecohan.


Terdahulu Howard mengusulkan supaya Adun Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan selepas mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya ketika sesi perbahasan 24 November lalu.


Selepas berbalas-balas hujah antara pembangkang dengan wakil kerajaan selama 30 minit, Thengeswari memutuskan untuk mengarahkan Howard Lee keluar dewan.


Wakil dari Kamunting, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid turut mengusulkan PerintahPerintah Tetap 44 (3) Perintah-perintah tetap Dewan Perhimpunan Dewan Undangan Perak Darul Ridzuan supaya Howard Lee digantung perkhidmatannya sebagai ahli dewan sehingga tamat sidang dewan.


Usul itu dipersetujui dan Howard Lee dibawa keluar dewan oleh bentara diiringi semua wakil pembangkang kecuali Pas.


Source: SH Edisi Perak

[featured-video-plus]