
DENPASAR – INDONESIA. Kira-kira 2,000 penumpang terkandas selepas penerbangan terpaksa dibatalkan atau ditangguhkan berikutan gunung berapi Agung meletus tiga kali, sekali gus membebaskan asap dan debu tebal setinggi 4,000 meter, semalam.
Jurucakap Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai di Bali memaklumkan kira-kira 28 penerbangan keluar dan masuk terpaksa dibatalkan atas faktor keselamatan.
“Keputusan menangguhkan atau melencongkan pesawat dibuat oleh syarikat penerbangan masing-masing. Kami cuba memastikan penumpang yang terkandas selesa termasuk menyediakan bilik khas kepada mereka,” kata Arie Ahsanurrohim.
Difahamkan, beberapa penerbangan domestik ke Lombok yang turut menjadi tarikan popular pelancong di timur Bali juga terpaksa dibatalkan.
Sementara itu, Pusat Vulkanologi Indonesia telah mengeluarkan amaran merah kepada syarikat penerbangan, namun lapangan terbang di pulan peranginan itu masih dibuka seperti biasa. – AFP
Source: SH Global
[featured-video-plus]