Gunung Agung mula muntahkan lahar

in Global by


JAKARTA – INDONESIA. Lava sejuk atau lahar mula mengalir dari Gunung Agung dan dijangka bertambah, kata agensi bencana hari ini.


“Banjir lahar sudah membanjiri beberapa cerun,” kata jurucakap agensi Sutopo Purwo Nugroho dipetik dari laporan Reuters.


Kata Sutopo, orang ramai digesa menjauhkan diri dari kawasan sungai berdekatan Gunung Agung.


Status gunung berapi Agung dinaikkan ke tahap IV (awas) dan semakin aktif semenjak mula meletus pada 21 November lalu.


Zon bahaya juga diperluaskan kepada lapan kilometer dari kawah gunung berbanding enam kilometer sebelum ini.


[ARTIKEL BERKAITAN: Gunung Agung berstatus awas]

 


Source: SH Global

[featured-video-plus]