Jelajah bawa mesej derita Rohingya

in Nasional by


SHAH ALAM – Kasihan terhadap nasib menimpa etnik Rohingya yang ditindas di negara sendiri, tiga badan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili dua buah negara tampil untuk menyampaikan kisah nasib entik tersebut di seluruh Semenanjung Malaysia.


Ketua Pegawai Operasi That’s Us Limited, Mohammad Fadli Ibrahim berkata, persatuannya dari Singapura dan Permas International Bikers Club (PIBC) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Malaysia (Mapim), melancarkan program Kembara Watikah Keamanan dan Kasih Sayang, untuk menyampaikan maklumat mengenai situasi terkini Rohingya ketika ini.


“Melihat kepada penderitaan Rohingya, terdetik hati kami untuk membantu etnik terbabit dalam kerja kemanusiaan.


“Kembara ini satu mesej keamanan yang kami ingin sampaikan kepada dunia,” katanya semasa pelancaran program tersebut di Ibu Pejabat Mapim, semalam.


Menurutnya, 11 orang ahli That’s Us Limited dan PIBC akan mengelilingi seluruh Semenanjung dengan menaiki motosikal berkuasa tertinggi selama enam hari bermula semalam.


Lokasi pertama yang akan disinggah oleh peserta program adalah di Taiping, Perak dan berakhir di Kota Damansara.


“Kami membawa buku tandatangan untuk masyarakat tandatangan, sebagai sokongan moral kepada etnik tersebut. Buku yang sudah ditandatangani itu akan diserahkan kepada Presiden Mapim, Cikgu Azmi.


“Saya berharap, rakyat Malaysia akan memeriahkan setiap lokasi yang dikunjungi kami sebagai tanda soladariti mereka kepada entik yang ditindas itu,” ujarnya.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]