JPS jangka banjir lebih besar minggu hadapan

in Edisi by


KOTA BHARU- Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan banjir lebih besar lagi berlaku pada minggu hadapan berikutan banjir yang berlaku sekarang adalah disebabkan hujan, bukan hujan dari kawasan hulu.


Pengarahnya, Kamal Mustapha meminta penduduk yang tinggal berhampiran Sungai Golok supaya berjaga-jaga dan seboleh-bolehnya segera berpindah berikutan jangkaan paras air akan naik dan khuatir gelombang baru kemungkinan banjir.


“Penduduk di sekitar Sungai Golok, Rantau Panjang dinasihatkan untuk berpindah berikutan paras air dijangka akan meningkat kepada paras bahaya sehingga mencecah 10 meter menjelang malam ini akibat hujan berterusan sepanjang hari.


“Paras Sungai Golok yang kini berada pada paras bahaya 9.40 meter dijangka akan terus meningkat sehingga mencecah 10 meter menjelang malam ini ekoran hujan berterusan sepanjang hari,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perasmian Karnival JPS Kelantan 2017, di sini, hari ini.


Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd  Faudzi Che Mamat turut melancarkan aplikasi percuma, KelGov JPS yang dibangunkan oleh JPS Kelantan.


Kamal berkata, secara keseluruhan, semua sungai di negeri ini menunjukkan ‘trend’ meningkat, namun di Sungai Golok dilaporkan akan mengalami keadaan paling kritikal.

Kamal Mustapha. –Foto Sinar Harian


“Bila amaran awal dikeluarkan tidak bermakna seluruh kawasan akan tenggelam tetapi tempat terbabit berisiko dinaiki air dan penduduk yang tinggal di kawasan sekitar diminta bersiap-siaga dan jika perlu berpindahlah.


“Kalau buat persiapan awal, sekurang-kurangnya risiko dan beban perlu ditanggung penduduk berkurangan sehingga 50 peratus,” katanya.


Dalam perkembangan lain, Kamal berkata, orang ramai boleh memuatnaik aplikasi percuma, KelGov JPS yang dibangunkan oleh JPS bagi membolehkan orang ramai terutama penduduk di Kelantan memantau situasi banjir termasuk paras sungai serta jumlah taburan hujan di seluruh negeri ini.


Source: SH Edisi Kelantan

[featured-video-plus]