
TENERIFE – SEPANYOL . 40 pengunjung sebuah kelab malam cedera selepas lantai bangunan tersebut runtuh semalam.
Menurut laporan SCMP, kejadian berlaku di kelab malam Butterfly Disco yang padat dengan pengunjung di Adeje, pulau Tenerife.
Antara yang dilaporkan cedera adalah dua lelaki Perancis berusia 38 dan 40 tahun, dua lelaki warga Britain berusia 57 dan 59 tahun, seorang warga Romania berusia 45 tahun dan seorang wanita Belgium berumur 23 tahun.
“Selepas lantai runtuh, pengunjung terjatuh ke ruang bawah tanah, setinggi satu tingkat,” kata kenyataan dari kerajaan tempatan.
Antara kecederaan yang dialami pengunjung adalah patah kaki dan kecederaan beberapa bahagian badan.
Hanya dua pengunjung dilaporkan mengalami kecederaan serius.
Butterfly Disco adalah kelab gay popular di Tenerife dan sering menampilkan persembahan oleh pondan dan penari Go-Go.
Source: SH Global
[featured-video-plus]