Maydan lancar siri jelajah

in Bisnes by


SYARIKAT Bumiputera, Maydan Trading yang mengeluarkan rangkaian produk kecantikan dan kesihatan terbaru di pasaran berjenama Maydan, menyasarkan jualan 50,000 unit sebulan pada 2018, berikutan sambutan yang memberangsangkan terhadap rangkaian produknya sejak dua bulan lalu.


Pengasas Maydan, Maya Hamdan optimis sasaran tersebut dapat dicapai dan dipacu strategi pemasaran yang akan dibuat untuk memperkenalkan produk tersebut antaranya siri jelajah promosi di seluruh negara bersama duta setiap rangkaian produk Maydan dan pengiklanan di media cetak dan elektronik serta harganya yang berpatutan.


Menurutnya, setakat ini, jualan produknya iaitu Q-Tab Maydan, Shampoo Strawberry Smoothies, Hair Moisturizer dan Maydan Lock It Hydrarting Serum adalah 3,000 unit sebulan dan menjangkakan jualan akan bertambah kepada 30,000 unit menjelang akhir tahun ini.


“Selain siri jelajah promosi, saya yakin jualan produk Maydan akan dicapai menerusi penyertaan di karnival jualan tertentu bermula bulan depan.


“Maydan akan terus aktif bergerak ke Brunei dan Singapura pada awal tahun depan dan tempat lain sehingga Ogos 2018. Setakat ini, Maydan ada 30 ejen di seluruh negara,” katanya.


Maya Hamdan berkata, Fattah Amin menjadi duta untuk dua produk dari rangkaian penjagaan rambut iaitu syampu dan pelembap rambut Strawberry Smoothies, manakala pelakon Fazura pula menjadi duta untuk makanan nutrisi tambahan berbentuk tablet Q-Tab, serta produk penjagaan wajah, Lock It Hydrating Serum memilih Elfira Loy.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]