MBPJ mansuh sistem bayar, peraga

in Edisi Selangor KL by


PETALING JAYA – Sistem letak kereta Bayar dan Peraga (PND) akan ditamatkan berkuatkuasa 1 Januari depan di seluruh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).


Datuk Bandar MBPJ, Datuk Mohd Azizi Mohd Zain berkata, sistem kupon letak kereta akan menggantikan sistem PND dan sedang mengkaji  aplikasi telefon pintar bagi memudahkan urusan kawalan letak kereta.


Menurutnya, pengguna boleh mendapatkan kupon tersebut di kaunter ibu pejabat MBPJ dan kaunter bergerak Ez-Pay.


“Sebanyak 241 ejen jualan kupon telah dilantik MBPJ dan pengguna tiada alasan lagi untuk tidak membayar parkir.


“Sebelum ini isu yang dibangkitkan adalah kesukaran menjelaskan parkir disebabkan mesin PNB tidak berfungsi.


“Sehingga lantikan operator baharu sistem kupon parkir akan menggantikan PND,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat penuh bulanan MBPJ, semalam.


Tambah Mohd Azizi, sistem kupon efektif dan alternatif terutama bagi kumpulan warga emas yang 30 peratus merupakan penghuni MBPJ.


Jelas beliau, banyak syarikat operator parkir telah menawarkan pelbagai aplikasi dalam talian namun MBPJ belum membuat keputusan dan akan memutuskannya melalui tender terbuka.


“Belum diputuskan aplikasi yang akan digunakan dan tambah baik sistem dibuat selepas kajian dilakukan, segala cadangan yang diberikan akan di ambil kira ke arah meningkatkan kualiti perkhidmatan tersebut,” katanya.


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]