
SIAPA sangka, seorang anak kampung yang berasal daripada sebuah keluarga sederhana, kini diiktiraf sebagai antara 100 usahawan muda berpengaruh di Malaysia.
Bukan mudah mencapai kejayaan ini, namun dengan kesungguhan, usaha berterusan dan izin ALLAH, ia menjadi sesuatu yang tak mustahil.
Itulah prinsip dipegang usahawan internet, Najib Asaddok yang baru-baru ini menerima anugerah The 100 Most Influential Young Entrepreneurs (MIYE).
Dalam acara tahunan yang diberi kepada usahawan yang benar-benar memberikan impak kepada Malaysia dan masyarakat ini, nama Najib Asaddok sebaris ikon-ikon lain seperti Wak Doyok, Rozita Che Wan, Datuk Afdlin Shauki, Datuk AC Mizal dan Dr Azizan Osman.
Bukan setakat itu sahaja, kriteria pemilihan pemenang anugerah ini adalah berdasarkan kepada sumbangan kepada masyarakat, pencapaian yang luar biasa dan kejayaan dalam bisnes.
Mengimbas kembali pembabitan Najib Asaddok dalam bidang perniagaan, beliau berkata ia bermula dengan perit.
“Bermacam-macam jenis bisnes yang pernah saya ceburi; antaranya menjual produk penapis air, produk kesihatan, alat jimat minyak kenderaan sehinggalah alat bantu pelajaran untuk kanak-kanak kecil mudah membaca.
“Dimaki, ditipu, dihalau bahkan dipulau oleh orang ramai dah jadi ‘makanan’. Namun niat untuk mengubah keadaan keluarga selepas kematian ayah sejak umur 11 tahun membuatkan saya tetap bertahan,” katanya.
Langkah pertama dalam dunia digital/online
Atas desakan itu, beliau cuba menceburi bidang online. Bermula sebagai dropshipper, kemudian menghasilkan produk digital dan affiliate, beliau menemui beberapa formula yang berkesan dalam online.
“Berbekalkan pengalaman dalam bidang jualan untuk tarik prospek bertukar menjadi pelanggan secara offline, saya gunakan konsep yang sama dalam online. Pelbagai strategi yang saya hasilkan dan membuatkan kehidupan saya berubah sedikit demi sedikit,” katanya.
Kini kehidupan Najib Asaddok mula berubah apabila beliau mula berkongsi dengan ramai usahawan sejak 2013, tentang formula yang berkesan untuk bantu usahawan onlinekan bisnes.
“Sehingga kini, lebih daripada 20,000 usahawan telah dibantu dengan Formula Online Rocket Marketing untuk jana jualan sebanyak 5 sehingga 7 angka dalam tempoh 6 bulan sehingga setahun.
“Bermula dengan Seminar Roket Emel, dan terkini Seminar Roket Bisnes, kita cuba bantu meningkatkan jualan usahawan-usahawan yang hadir dan bantu naikkan bisnes mereka secara online,” katanya.
Dulu biasa-biasa, kini luar biasa
Bukan sedikit jenama yang berjaya beliau naikkan daripada biasa-biasa ke tahap lebih tinggi. Antara jenama yang signifikan perkembangannya adalah jenama tudung muslimah; AIRISSH.
Pemilik jenama AIRISSH pada awal beroperasi hampir tidak survive, namun dengan bantuan Najib Asaddok mereka mampu mencapai jumlah keseluruhan hampir RM1 juta.
Bagi Tuan Khairuddin pula, perniagaan Kembara Umrah JDT miliknya pernah hampir-hampir bungkus, tapi kini menjadi salah satu jenama terkenal di Johor dan mampu menghasilkan jualan RM5 juta setahun.
Salah seorang usahawan di Batu Pahat yang asalnya berniaga kasut di pasar malam, sekarang ini mampu menjana jualan sebanyak RM70,000 daripada jenama Hyperkix hasil Formula Rocket Online Bisnes.
Tiga orang ini hanya sebahagian kecil usahawan yang berjaya Najib Asaddok bantu, masih ramai lagi pelajar yang hasilkan keputusan luar biasa walaupun bermula daripada kosong.
Kejayaan untuk dikongsi
Najib Asaddok turut mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada mentornya, iaitu Dr Azizan Osman yang juga salah seorang penerima 100 MIYE.
Berkat tunjuk ajar mentornya ini, mendorong Najib Asaddok untuk menjadi inspirasi kepada usahawan lain.
“Bagi saya, kejayaan yang diperoleh bukanlah untuk diri sendiri, sebaliknya untuk turut dikongsi dengan orang lain. Saya mengamalkan konsep ‘jika lebih banyak kita memberi, lebih banyak akan kita perolehi’,” katanya.
Sehubungan itu, beliau akan mengadakan Grand Seminar Roket Bisnes sebagai penutup tahun 2017.
“Seminar kali ini berbeza daripada sebelumnya kerana ia penuh dengan info, tip dan strategi menghadapi dunia digital atau online dan berkongsi panduan menghadapi cabaran bisnes tahun 2018. Istimewanya lagi yuran penyertaan kali ini adalah serendah RM100 dan akan mendapat 4 lagi tiket secara percuma untuk bawa rakan-rakan perniagaan,” katanya.
Bagi usahawan-usahawan atau orang ramai yang ingin menceburi bidang perniagaan, boleh berinteraksi dan mendapatkan perkongsian daripada Najib Asaddok di Facebook Page beliau; Najib Asaddok atau boleh layari terus ke www.roketbisnes.com untuk info lanjut.
Source: SH Bisnes
[featured-video-plus]