Pemandu lori suspek kelima direman

in Semasa by


MELAKA – Seorang pemandu lori yang menjadi suspek kelima kes penyelewengan Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP), bernilai kira-kira RM2.54 juta yang dipercayai dilakukan sejak awal tahun lepas, direman lima hari oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini.


Perintah reman hingga 1 Disember itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Mohd Anuar Ostadi terhadap suspek lelaki berusia 35 tahun berkenaan.


Suspek yang memakai pakaian lokap jingga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibawa ke pekarangan kompleks Mahkamah Ayer Keroh sekitar 11.30 pagi tadi sebelum dibawa keluar 30 minit kemudiannya.


Bernama sebelum ini melaporkan empat lelaki masing-masing pengurus projek Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), pesawah, peniaga ikan dan pekebun yang berumur 38, 46 ,52 dan 50 tahun direman, sejak Selasa lepas.


Penahanan kelima-lima suspek itu bagi membolehkan SPRM menjalankan siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.- Bernama


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]