PFA anjur pemilihan terbuka Disember ini

in Sukan by


PERSATUAN Bola Sepak Perlis (PFA) akan mengadakan sesi pemilihan terbuka untuk mencari bakat baharu bagi membarisi skuad Singa Utara bagi musim ​​​​2018, pada 4 hingga 6 Disember ini di Stadium Universiti Teknologi MARA Perlis, dekat sini.


Menurut kenyataan PFA, mana-mana individu yang berkebolehan serta mempunyai minat mendalam dalam arena bola sepak dijemput menghadiri sesi pemilihan yang akan bermula pada 3 petang.


“Mereka yang hadir diminta berpakaian bersesuaian dan keutamaan akan diberikan kepada anak-anak Perlis.


“Inisiatif ini diharap akan memantapkan lagi persediaan pasukan Perlis bagi menghadapi musim Liga Malaysia 2018,” kata kenyataan itu. – Bernama


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]