
DEIR AL-ZOUR – SYRIA. Kerajaan Rusia membunuh 51 orang awam termasuk 21 kanak-kanak dalam pengeboman terbaru di timur Syria, semalam.
Bagaimanapun, agensi pemerhati hak kemanusiaan (SOHR) memberitahu AFP angka kematian kemungkinan meningkat.
“Angka kematian meningkat selepas mengalihkan serpihan bangunan,” kata Pengerusi SOHR, Rami Abdel Rahman.
SOHR sebelum itu mengatakan serangan disasarkan ke penempatan awam dan mengorbankan 34 mangsa.
Laporan BBC mengatakan Rusia mengesahkan menjalankan pengeboman menggunakan enam pesawat pengebom dan kononnya menyasarkan kubu-kubu militan Daesh.
Source: SH Global
[featured-video-plus]