
KOTA BHARU – Paras air Sungai Golok di Rantau Panjang kini sudah melepasi paras bahaya berikutan hujan lebat sejak beberapa hari lalu di Kelantan sehingga ke hari ini.
Mengikut portal eBanjir Negeri Kelantan setakat jam 12 tengah hari ini, paras air di kawasan itu telah meningkat kepada 9.31 meter (m) berbanding 8.94 m iaitu di paras amaran pada jam 7 pagi tadi. Paras bahaya adalah 9m.
Manakala dua sungai utama lain yang melebihi paras berjaga-jaga adalah Sungai Galas di Dabong iaitu 32.39 m (32 m berjaga-jaga) dan Sungai Kelantan di Tangga Krai, 20.11 m (20m berjaga-jaga).
Paras air Sungai Lebir di Tualang berada pada bacaan 26.99 m iaitu kembali menghampiri paras berjaga-jaga (27 m) berbanding pada jam 9 pagi tadi yang telah berada ke paras normal.
Sementara itu, Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Tambatan Diraja dan Sungai Semerak Pasir Puteh masih berada di paras normal dan Sungai Golok di Jenob sudah berada di paras berjaga-jaga iaitu 21.5m (21.50)
Dalam pada itu, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 663 orang melibatkan 175 keluarga berbanding sejam sebelumnya iaitu seramai 539 orang (145 keluarga) yang ditempatkan di 13 pusat pemindahan di lima jajahan.
Jabatan Meteorologi turut memaklumkan hujan lebat dijangka berterusan di Kelantan di semua jajahan sehingga Rabu ini.
Source: SH Edisi Kelantan
[featured-video-plus]